Sunday, 27 May 2018

UNSUR PATHOS


MAKSUD

  • ·         Berasal dari perkataan greek dan bermaksud penderitaan atau kesedihan atau kepiluan.
  • ·         Dari segi sastera – pathos merupakan unsur yang meransangkan daya rasa kasihan, kesedihan dan dukacita dalam diri pembaca
  • ·         Menggambarkan sifat – sifat berserah, perihal penderitaan yang tidak tertanggung.

UNSUR PATHOS DALAM SULALATUS SALATIN




1.     PENGORBANAN YANG TERPAKSA DILAKUKAN DEMI KEAMANAN NEGERI

ü  Kisah Sultan Muzaffar Syah terpaksa menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu demi menyelesaikan perbalahan antara Seri Nara Diraja Tun Ali dengan Tun Perak
ü  Tun Kudu yang masih muda terpaksa menanggung penderitaan demi kepentingan keamanan Melaka dan berkahwin dengan Tun Ali yang sudah tua.
ü  Penentuan hidupnya terserah kepada ketentuan kuasa dipihak lelaki lebih – lebih lagi atas titah Sultan.
2.     PEMBUNUHAN TERHADAP ORANG YANG TIDAK BERDOSA
*      Dapat dilihat pada peristiwa pembunuhan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, Tuan Jana Khatib, Tun Besar, Tun Ali Sandang dan sebagainya atas punca rasa dendam dan benci.
*      Contohnya Sultan Mahmud yang telah membunuh keluarga dan suami Tun Fatimah kerana beliau ingin memperisterikan Tun Fatimah.
3.     TERKORBAN KERANA MENEGAKKAN KEADILAN
v  Dapat dilihat pada episode pertikaman dan pembunuhan Hang Jebat oleh Sahabatnya Hang Tuah.
v  Kesedihan, kepiluan dan rasa penyesalan yang bukan sahaja dirasai oleh watak tetapi turut dirasai oleh pembaca

4.     RAKYAT MENJADI MANGSA KESETIAAN KEPADA PEMERINTAH
Ø  Dapat dilihat pada peristiwa kepedihan dan kesakitan yang dirasai oleh rakyat dan hulubalang Singapura akibat tercedera diserang todak berlaku kerana kesetiaan mereka terhadap pemerintah.
Ø  Titah raja Singapura tidak boleh dibantah dimana mereka perlu berkubukan betis lalu menyebabkan ramai rakyat terkorban dan cedera para.
5.     PENGANIAYAAN DAN PENAFIAN HAK TERHADAP PEWARIS TAHTA
§  Peristiwa Raja Kassim yang disingkir daripada menaiki tahta kerajaan Melaka oleh Puteri Rekan lalu dilantik Raja Ibrahim sebagai Sultan Melaka.
§  Raja Kassim diusir dari istana dan menjadi nelayan di pantai Melaka.

KESAN PENERAPAN UNSUR PATHOS
1.       Dapat melahirkan rasa sedih, marah, simpati, benci dan kasihan
2.       Dapat memberikan pengajaran, teladan, keinsafan kepada pembaca
3.       Dapat menimbulkan unsur suspens atau ketegangan.
4.       Berkesan dalam menjadikan cerita semakin kompleks dan penuh permasalahan



3 comments:

  1. Isi yang diberikan sangat ringkas dan padat

    ReplyDelete
  2. Isi yg rngkas nmun mdah difhami

    ReplyDelete
  3. Sangat berguna infonya terima kasih

    ReplyDelete