Sunday, 27 May 2018

PERSOALAN SULALATUS SALATIN

DEFINISI PERSOALAN 

  • Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.
  • Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin panjang sesuatu karya semakin banyak persoalannya
  • Persoalan wujud untuk memperkukuh dan menghidupkan tema sesebuah karya.





·         Kesetiaan Hang Tuah kepada sultan
-          Sifat taat setia itu terserlah semasa beliau dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Syah  atas tuduhan yang belum dibuktikan kebenarannya. Beliau langsung tidak menentang hukuman tersebut sebaliknya menerimanya dengan penuh taat. Beliau bernasib baik kerana hukuman itu tidak dilaksanakan oleh Seri Nara Diraja. Apabila Hang Jebat menimbulkan keadaan huru-hara di Melaka, Hang Tuah telah dipanggil semula oleh Sultan Mansur. Hang Tuah tidak menggunakan kesempatan itu untuk membalas dendam pada sultan, sebaliknya berbekalkan sikap taat setianya, beliau bersedia membunuh Hang Jebat yang merupakan sahabat karibnya.

·         Kebijaksanaan pemimpin (Sultan Alau’din)
-          Kebijaksanaan dan keberanian baginda terserlah menerusi tindakannya menyamar sebagai pencuri pada suatu malam. Semasa menyamar itu, baginda memperlihatkan keberaniannya dengan menghambat kelima-lima pencuri yang bertembung dengannya dan berjaya membunuh dua daripadanya.

·         Kezaliman pemimpin
-          Sultan Mahmud Syah merupakan sultan yang bernafsu tinggi terhadap wanita serta banyak membunuh orang yang dimusuhinya. Baginda telah membuat hubungan sulit dengan Tun Dewi dan telah membunuh Tun Ali Sandang. Baginda juga telah merampas Tun Teja daripada tunangannya; Sultan Abdul Jamal hingga menyebabkan Sultan itu membawa diri ke hulu Pahang. Baginda juga tergamak membunuh Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang juga bapa saudaranya hanya semata-mata mahu memiliki Tun Fatimah yang telahpun bernikah dengan Tun Ali.

·         Pelanggaran waad
-          Tuan Jana Khatib telah menilik sebatang pohon pinang gading hingga terbelah dua dengan menggunakan ilmu khayalillah dihadapan permaisuri Singapura. Perbuatan tersebut menimbulkan kemurkaan Paduka Seri Maharaja kerana menyangka Tuan Jana Khatib ingin menggodanya isterinya menyebabkan Tuan Jana Khatib dibunuh. Akibat kezaliman baginda, Singapura telah diserang ikan todak. Ramai rakyat jelata yang mati akibat serangan itu. Peristiwa itu menggambarkan bahawa raja tidak boleh menzalimi rakyat dan menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan perasaan semata-mata.


4 comments: