1.
Singapura
(peristiwa Singapura dilanggar todak)
-
Latar
masyarakat yang menurut perintah
·
Tuan
Jana Khatib telah menilik sebatang pohon pinang gading hingga terbelah dua
dengan menggunakan ilmu khayalillah dihadapan permaisuri Singapura. Perbuatan
tersebut menimbulkan kemurkaan Paduka Seri Maharaja kerana menyangka Tuan Jana
Khatib ingin menggodanya isterinya menyebabkan Tuan Jana Khatib dibunuh. Akibat
kezaliman baginda, Singapura telah diserang ikan todak. Paduka Seri Maharaja
menitahkan rakyatnya berkotakan betis bagi menahan serangan todak itu tetapi
perbuatan itu telah banyak menyebabkan kematian. Ini menjelaskan bahawa rakyat
sanggup menurut perintah Seri Maharaja walaupun menggadaikan nyawa sendiri.
2.
Gunung
Ledang (peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang
-
Masyarakat
yang mementingkan kepuasan hawa nafsu
·
Setelah
kemangkatan raja perempuan, Sultan Mahmud Syah berniat untuk berkahwin lagi
tetapi tidak mahu berkahwin dengan puteri biasa sebaliknya menginginkan Puteri
Gunung Ledang. Tetapi Puteri Gunung Ledang telah meletakkan syarat yang
tertentu untuk berkahwin dengannya. Namun, perkahwinan itu tidak terlaksana
kerana Sultan Mahmud tidak sampai hati untuk mengorbankan darah puteranya.
3.
China
(peristiwa rombongan Melaka makan sayur kangkung)
-
Masyarakat
yang pandai membuat tipu helah
·
Raja
China duduk “dalam mungkur kaca dalam mulut naga” di suatu tempat yang tinggi.
Apabila mengadap, rakyat baginda “menundukkan kepala ke bumi” dan “tiada mengangkat
muka lagi”. Pada suatu ketika, Tun Perpatih Putih ditanyai oleh raja China
tentang kegemaran orang Melaka. Tun Perpatih Putih yang ingin menatap wajah
raja China telah membuat helah dengan mengatakan bahawa orang Melaka gemar
makan sayur kangkung yang tidak dipotong-potong. Semasa memakan sayur itu, Tun
Perpatih Putih dan ahli rombongannya terpaksa mendongak sekali gus membolehkan
mereka melihat wajah raja China.
4.
Melaka
(peristiwa merampas kuasa)
-
Masyarakat
yang mengenang jasa
·
Sebagai
memenuhi janji dan membalas jasa Maulana Jalalu’din yang membantunya merampas
kuasa, baginda telah meyerahkan “puteri rekan” untuk dikahwininya. Begitu juga
sebagai membalas jasa Seri Nara Diraja Tun Ali, baginda telah melantik bapa
saudaranya itu sebagai bendahara bagi menggantikan Bendahara Seri Wak Raja yang
membunuh diri.
Terima kasih atas maklumat
ReplyDeletemaklumat yang sangat berguna
ReplyDeleteMaklumat yang sangat berguna
ReplyDeleteDpat meningkatkan pengetahuan sejarah untuk anak muda
ReplyDeleteDpat meningkatkan pengetahuan genarasi yg akan datang
ReplyDeleteMklumat yg lngkap dn dpat dijdikan pnduan kpd plajar untuk mngulangkaji
ReplyDeleteTerima kasih atas infonya...
ReplyDelete