1.
KEBESARAN
BANGSA MELAYU
- Penulisan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu turut berperanan memaparkan kebesaran dan kegemilangan bangsa Melayu pada zaman silam. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu membuktikan bahawa masyarakat Melayu pernah memiliki satu sistem pemerintahan/kesultanan yang kukuh, mempunyai hubungan dagang dengan seluruh dunia, dapat menguasai dan menakluk beberapa buah kerajaan luar, serta menjadi pusat pengembangan agama Islam dan sebagainya.
2.
NILAI
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT
- Sulalatus Salatin Sejarah Melayu memainkan peranan penting dalam merakamkan ketinggian nilai budaya dan adat istiadat Melayu, yang meliputi adat istiadat kehidupan istana dan adat istiadat kehidupan masyarakat biasa. Antara yang menonjol termasuklah adat istiadat di istana, adab menyembah raja, kedudukan pembesar semasa mengadap raja, pertabalan dan kemangkatan raja, penganugerahan diraja dan sebagainya. Dengan kata lain, semua aspek yang berkaitan dengan budaya hidup bermasyarakat, bahasa pertuturan, adab dan budi bahasa, amalan adat perkahwinan, kenduri-kendara, kematian dan sebagainya ada disentuh dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini.
3.
KEPUASAN
ESTETIK
- Di samping mengetengahkan pelbagai maklumat tentang sejarah dan budaya hidup masyarakat zaman silam, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu turut memberikan kepuasan estetik kepada khalayak pembaca, khususnya daripada segi penghayatan terhadap nilai keindahan sastera melayu. Kepuasan estetik tersebut dicerna daripada segi kehalusan bahasa, ketinggian pemikiran dan olahan cerita serta peristiwa yang menarik hati. Di samping itu, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu juga kaya dengan pelbagai unsur keindahan alam, flora dan fauna yang merangsang deria estetik pembaca.
4.
PENDIDIKAN
MORAL
- Peristiwa-peristiwa sejarah yang terakam dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dapat dijadikan pedoman oleh setiap pihak yang bergelar pemimpin, tidak kira raja, para pembesar, mahupun ketua komuniti yang kecil. Pelbagai unsur positif dan negatif yang terkandung dalam setiap peristiwa sejarah itu, jika disaring dan diguna pakai dengan sewajarnya, dapat mendidik moral golongan tersebut. Sebagai contoh, kebijaksanaan, kewibawaan, dan kesabaran Bendahara Paduka Raja Tun Perak dalam mengawal perilaku raja dan dalam membantu meluaskan empayar Melaka merupakan suatu unsur positif yang wajar diteladani oleh para pemimpin. Semua peristiwa sejarah dapat dijadikan teladan oleh para pemimpin/pemerintah supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa hadapan.
Terbaik.tahniah
ReplyDeleteMenarik
ReplyDeleteLengkap benar ya. Terbaik 😊
ReplyDeleteMenarik😄
ReplyDeletePngisian yg rngkas dn pdat
ReplyDeleteMenarik dan mudah difahami.
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ilmu yang baik dan mudah difahami. Semoga sukses selalu.
ReplyDeleteHuraian yang lengkap mengenai sulalatus salatin. Terima kasih atas perkongsian ilmu.
ReplyDeleteMaklumat yang lengkap dan menarik
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian...mudah difahami
ReplyDeleteSemoga dapat memberi manfaat kepada orang lain��
ReplyDeletepengisian blog yang menarik dan bermaklumat
ReplyDelete