Monday, 28 May 2018

LATAR BELAKANG, PERANAN & SUMBANGAN TUN SERI LANANG

LATAR BELAKANG TUN SRI LANANG

Tun Seri Lanang atau nama sebenarnya Tun Muhamad bin Tun Ahmad, bergelar Paduka Raja dan berjawatan Bendahara Melaka dan Johor. Beliau ditakdirkan menjadi Uleebalang Kenegerian Samalanga, iaitu pemerintah otonomi di Aceh serta penasihat kepada tiga sultan Aceh, iaitu Sultan Iskandar Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M), dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675M). Beliau ialah anak kepada Paduka Temenggung Ahmad dan mempunyai darah keturunan Tun Perak, bendahara Melaka yang bijak dan membawa Melaka ke persada dunia. Beliau juga pernah menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil antara tahun 1580 dan 1615.


Beliau pernah membantu Raja Abdullah memerintah Johor tetapi mula beralih ke dunia kepengarangan. Raja Abdullah telah meminta beliau mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612. Selepas selesai mengarang Sejarah Melayu, Tun Seri Lanang memberi nama Sulalatus Salatin untuk teks tersebut yang bermaksud “Salasilah Segala Raja-Raja”.
Tun Seri Lanang merupakan penulis atau pengarang karya agung yang amat berjasa kepada dunia Melayu sehingga kini. Beliau ialah tokoh pengarang yang terkena dalam penghasilan buku sejarah, adat istiadat dalam peradaban, kebudayaan dan sistem pemerintahan Melayu. Beliau bertanggungjawab untuk mengembangkan agama Islam di Semenanjung Melayu ketika diberi kepercayaan memerintah Samalanga, Aceh, Indonesia pada tahun 1645M.


PERANAN DAN SUMBANGAN
Peranan Sejarah Melayu adalah untuk memastikan masyarakat dapat memperolehi manfaat daripada penulisan beliau.
            “Bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada hari pertuturan segala raja-raja Melayu dengan isti`adatnya supaya dedengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya”
(Sejarah Melayu, 1998: 65-66)
Kitab ini telah dikatakan sebagai Sejarah Melayu yang penting, dan telah menjadi sebagai sumber pensejarahan Melayu dan dokumen kebudayaan Melayu yang penting di Malaysia. Sejarah Melayu penuh dengan pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa serta bangsa-bangsa di Nusantara. Terdapat berbagai-bagai peristiwa yang telah tercatat dalam karya ini seperti salasilah raja-raja, kepahlawanan, kasih sayang dan sebagainya yang menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
Sejarah Melayu menggambarkan sejarah Melaka daripada zaman pertumbuhannya, mengalami zaman keemasan dan akhirnya diruntuh oleh Portugis. Isi ceritanya mengandungi pelbagai catatan raja dan undang-undang bernegeri dan berkerjaan, asal usul raja, asal-usul nama tempat dan adat istiadat. Sejarah Melayu juga menggambarkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan sebuah negara kota atau kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai dan Singapura.
Menurut Mohamad Daud Mohamad (1987: 123), Tun Seri Lanang juga seorang artis, seorang pemimpin. Perasaannya halus, jiwanya terbuka dan otaknya cepat menangkap segala kesan yang lihat dan dengar di sekitarnya. Tun Seri Lanang telah dianggap sebagai “Bapa Kesusasteraan Melayu” kerana beliau telah menyalin dan menyusun semula Sejarah Melayu dan membuat banyak perubahan, menambah nama yang kurang, memperbaiki nama yang buruk sehingga buku itu dijadikan sebuah buku klasik yang amat indah baik dalam isi dan sususan kata-katanya (Mohamad Daud Mohamad 1987: 124).


12 comments:

  1. susan sejarah yang padat dan mudah di fahami

    ReplyDelete
  2. Maklumat anda sangat berguna utk saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Maklumat anda sngat berguna kepada saya...

    ReplyDelete
  4. Mklumat yg sngt brguna untk bhan rjukan smua

    ReplyDelete
  5. Cemerlang ;-) Kemas dan teratur susunan sejarah. Contoh2 yang mudah difahami. Teruskan berusahaaa��

    ReplyDelete
  6. Cemerlang ;-) Kemas dan teratur susunan sejarah. Contoh2 yang mudah difahami. Teruskan berusahaaa��

    ReplyDelete
  7. Cemerlang ;-) Kemas dan teratur susunan sejarah. Contoh2 yang mudah difahami. Teruskan berusahaaa��

    ReplyDelete
  8. Penulisan yg menarik!

    ReplyDelete
  9. penulisan yang menarik

    ReplyDelete