Saturday, 26 May 2018

KUMPULAN PUISI REMAJA



CERMIN ADAB 
PENULIS: PROF MADYA DR. NORAZIMAH ZAKARIA 

SAJAK 

SAYANGNYA HANG TUAH 

Bila engkau menjadi mentari
pada suatu ketika menerangi raja
yang mendabik dada dan bangga
kerana setia pada raja



Bila engkau menjadi bayang
hilang bayangmu dikejar tuan
melihat Hang Jebat yang kesiangan
berputar alam di istananya sultan.


Bila engkau menjadi senjata
tidak memakan tuan seperti yang dijangka
menjaga raja penuh setia
walau sarung engkau penuh dengan luka
engkau tetap menghumus
bila dipinta

Bila engkau menjadi awan
sanggup memayung tuan
hadirmu Tuah tidak dijangka
redup teduhanmu untuk raja
payungmu selamat dari Jebat derhaka
untuk melindungi tuan yang tersalah sangka
sepenuh hati kau memayungi raja
walau dulu kau pernah terluka
kerana dikata tidak setia.

Bila engkau menjadi kunang - kunang
engkaulah sebenar penyeri bagi sultan
saat raja dihambat bayang - bayang
engkau menutup dengan awan
bila engkau menjadi mentari
teranglah Melaka tidak lagi sunyi.



SAJAK 

TUN PERAK 

Tun Perak
kebijaksanaanmu tiada tandingnya
kau membawa orang Kelang bersama anak isteri mereka
hanya kau satu - satunya
yang membawa isteri membantu para suami
hairan dilihat akan keanehan sikapmu
kerana tiada siapa pun dalam kalanganmu
sanggup membawa isteri mereka
ke medan tempur
katamu
biarlah isteri mereka di situ
supaya bersungguh si suami bertempur
bersungguh - sungguh hati
apabila melihat isteri ada di sisi
kata - kata Tun Perak
tiada siapa yang sanggup menyanggahi lagi
raja suka melihat Tun Perak
bijaksana akalnya sehingga diangkat
dari Penghulu, Bentara, Menteri dan Bendahara
kerana hebatnya dia di samping raja
dari Kelang ke Kota Melaka
bernaunglah dia dibawah raja
penuh berbakti dan taat setia




2 comments: