VERSI SEJARAH MELAYU LAIN
HIKAYAT MELAYU
video diatas menerangkan tentang teks hikayat melayu yang muncul selepas teks sulalatus salatin.
1. HIKAYAT MELAYU
Hikayat Melayu ini dikarang pada tahun 1855, kira-kira enam
tahun setelah Raja Akil mangkat iaitu abad ke-19. Hikayat Melayu ditulis atas
perintah Tuan Fandarwola yang merupakan tokoh asing, pegawai dan peminat bahasa
dan kesusasteraan Nusantara yang muncul daripada kalangan masyarakat Eropah
iaitu Belanda.
Teks ini amat berkait dengan Sejarah Melayu kerana pada
abad ke-19 masih terikat dengan konvensi, di mana teks yang lahir pada masa itu
perlu merujuk kepada teks induk sebagai pengabsahan teks yang baharu.
Pendahuluan teks ini adalah berkait dengan perihal
kesultanan Melayu Melaka dan peristiwa sejarah terutama susur galur rajanya
menjadi titik tolak kepada kesinambungan struktur pemerintahan diraja Siak.
Hikayat Melayu ini mengisahkan hubungan politik Raja
Kecil dan keluarganya serta keturunannya dengan keluarga Bugis di Johor yang
saling bermusuhan sepanjang abad ke 18 dan abad 19. Hikayat Melayu juga
menceritakan pergelutan dan perebutan kuasa antara anak-anak Raja Kecil sendiri
iaitu Sultan Mahmud (Raja Buang Asmara) dengan Raja Alam. Hikayat Melayu juga
dilihat sebagai sebuah teks yang cuba mengutarakan jawapan kepada sebab mengapa
Raja Kecil wajar menuntut haknya sebagai seorang waris anak raja.
posting yg sangat bermanfaat
ReplyDeleteBlog yg sgt cantik dan kemas tahniah
ReplyDeleteringkasan yang baik dan mudah difahami. terima kasih
ReplyDelete