Tuesday, 29 May 2018


PENSYARAH: PROF. MADYA DR. NORAZIMAH BINTI ZAKARIA

BSS3143 - TEKS KANON MELAYU 
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI 


AHLI KUMPULAN 1
BS3143 KUMPULAN C

NUR ATHIRAH BINTI AHMAD
D20161073274

NUR ATHIRAH BINTI HASHIM
D20161073285


HIKAYAT MELAYU



VERSI SEJARAH MELAYU LAIN


HIKAYAT MELAYU

video diatas menerangkan tentang teks hikayat melayu yang muncul selepas teks sulalatus salatin.

PENGARUH TEKS SULALATUS SALATIN TERHADAP TEKS SASTERA SEJARAH LAIN


PENGARUH TEKS SULALATUS SALATIN TERHADAP TEKS SASTERA SEJARAH LAIN YANG MUNCUL SELEPASNYA
  • ·  Teks sulalatus salatin atau dikenali sebagai sejarah melayu merupakan teks karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman kesultanan melayu melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang melayu
  • ·         memberi pengaruh terhadap teks sastera sejarah yang muncul selepasnya

1.      aspek kepengarangan melayu tradisi dimana teks sulalatus salatin ini telah memberi kesan dari segi aspek susur galur keturunan raja – raja,
2.      ketepatan dan kesesuaian dalam pemilihan ayat serta gaya bahasa,
3.      menggunakan kata “sahibul hikayat” dan “adat dahulukala”.

Monday, 28 May 2018

NILAI DALAM SULALATUS SALATIN



video ini mempunyai huraian tentang nilai - nilai yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin.

LATAR BELAKANG, PERANAN & SUMBANGAN TUN SERI LANANG

LATAR BELAKANG TUN SRI LANANG

Tun Seri Lanang atau nama sebenarnya Tun Muhamad bin Tun Ahmad, bergelar Paduka Raja dan berjawatan Bendahara Melaka dan Johor. Beliau ditakdirkan menjadi Uleebalang Kenegerian Samalanga, iaitu pemerintah otonomi di Aceh serta penasihat kepada tiga sultan Aceh, iaitu Sultan Iskandar Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M), dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675M). Beliau ialah anak kepada Paduka Temenggung Ahmad dan mempunyai darah keturunan Tun Perak, bendahara Melaka yang bijak dan membawa Melaka ke persada dunia. Beliau juga pernah menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil antara tahun 1580 dan 1615.

FUNGSI MITOS DAN LAGENDA1





video di atas mempunyai fungsi mitos dan juga lagenda.


PERANAN SEJARAH MELAYU DAN FUNGSINYA

BERIKUT MERUPAKAN PERANAN SEJARAH MELAYU 



1.      KEBESARAN BANGSA MELAYU

  • Penulisan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu turut berperanan memaparkan kebesaran dan kegemilangan bangsa Melayu pada zaman silam. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu membuktikan bahawa masyarakat Melayu pernah memiliki satu sistem pemerintahan/kesultanan yang kukuh, mempunyai hubungan dagang dengan seluruh dunia, dapat menguasai dan menakluk beberapa buah kerajaan luar, serta menjadi pusat pengembangan agama Islam dan sebagainya.